NOT NOW, NOT FOREVER



2019
Di hadapan mereka terbentang luas pemandangan lautan dan pulau-pulau Tunku Abdul Rahman Park, berhiaskan burung-burung senja yang mungkin saja sedang mencari tempat tinggal untuk mereka singgah malam ini. Semua itu adalah saksi kepada cinta mereka. Kemesraan mereka,gelak tawa mereka, senyuman mereka, lauhan mereka dan tangisan mereka. Semua sudah disaksikan oleh makluk-makluk ciptaan Tuhan yang indah itu. Jika burung bisa berbicara, jika senja petang dapat berpuisi, jika saja pokok-pokok disitu mampu bercerita, tentu saja mereka lebih arif dengan hubungan sepasang remaja ini.
Namun, hari itu semua alam seakan-akan tahu perasaan si gadis itu. Bertemankan angin petang yang lembut menyapah wajah mereka, kicauan burung yang tidak semeriah dahulu, senja petang yang juga seakan-akan mengucapkan selamat tinggal, membuatkan hati gadisnya tambah terguris.
“kenapa mereka tidak seceria seperti selalu?” bisik hati kecilnya.
“Dear, don’t be sad. Saya janji nanti saya balik lagi” kata Aden sambil memegang dagu Hana.
“sorry, it’s hard for me to let you go” Balas Hana.
“tomorrow is my flight to London, you know kan”
“Yeah, I know.” balas Hana sedih.
“we will meet again after 2 years, you know it right?”
“hmm.. I know, I hope to see you once in a month” Kata Hana dengan penuh harapan.
“I hope so, tapi saya nda janji dapat kasih tunai. But, remember one thing that I will always be yours and I will always love you dear. Can you wait for me?” Hana diam.
Dia meraih tangan Aden dan coba mencari kekuatan dan keyakinan untuk menunggu kekasihnya itu. Selama empat tahun bersama, membuatkan Hana lebih banyak bergantung dengan lelaki itu, dia tidak tahu dengan siapakah lagi tempat dia meluahkan perasaannya lepas ini.
“I will wait for you even after ten years, but please don’t leave me for so long time, saya nda tahan mau tanggung rindu ni.” jawap Hana dengan iringan air mata yang perlahan jatuh kepipinya. Aden menarik Hana kedekapannya.
“I’m sorry for make you wait dear. Please janganlah nangis, you know that I’m hurt see you cry kan.” Kata Aden, coba untuk memujuk Hana.
“I’m sorry, I just can’t hold it, please let me cry for today.” Pinta Hana sambil mengeratkan lagi pelukannya.
Malam itu Hana menangis sepuas-puasnya didada Aden. Aden pula hanya membiarkan Hana menangis, dia sendiri tidak sanggup berjauhan dengan kekasihnya itu untuk beberapa minggu, inikan pula terpaksa berpisah untuk 2 tahun.
Sebelum pulang, Aden mencium pipi Hana dan memeluknya erat, seakan-akan itu adalah pertemuan mereka yang terakhir.
“Hold it dear, I’ll be back to take my kiss and make you mine, forever” itulah kata-kata dan janji terakhir Aden sebelum mereka berpisah.

-Day 5 without you-
Dear, did we use to meet every day before? Kenapa saya rasa kosong ni? Did you bring your heart together to London? Why I can’t feel you here?


-Day 10 without you-
Today, cuaca di KK bagus jaa, sunset pun cantik. Setiap hari kalau saya nda sibuk saya selalu pergi pantai tengok sunset. But, why this feeling so heavy? I miss you badly



-Day 20 without you-
Day go by day, I’ve finish my work pretty fast. Boss saya pun puji saya macam biasa, tapi kenapa saya nda rasa happy pun time kena puji. Dear! Come back now! I miss you so much!!

Demikianlah selama 4 tahun berlalu, semua isi hatinya diceritakan dalam buku diarinya, namun bayang-bayang Aden belum juga muncul-muncul, yang ada hanyalah setiap khayalan dan mimpinya. Ditahun-tahun yang berlalu itu juga mereka tidak pernah berhubung atau bertukar-tukar kabar. Namun semakin hari, semakin berat buat Hana untuk tidak terus memikirkan lelaki itu. Dugaan demi dugaan telah dilaluinya untuk menguji cintanya kepada Aden, namun Hana sendiri tidak mampu untuk membuka hatinya bagi orang lain. Perasaan cinta dan rindu itu tumbuh bersama dalam hatinya, bagaimana dia dapat membuka hatinya untuk orang lain? Sedangkan Aden telah membawa seluruh hati dan jiwanya bersama.
Setiap hari-hari yang berlalu juga, Hana tidak pernah berhenti menulis diari harian sepanjang ketiadaan Aden. Setiap ulang tahun kelahiran, anniversary mereka, hari valentine, hari krismas, malah setiap tahun baru, Hana sediakan hadiah untuk Aden, kerana dahulu mereka selalu bertukar-tukar hadiah setiap hari bersejarah tersebut.
“Since kita selalu bertukar-tukar hadiah ni, mari kita jadikannya satu kemestian, supaya kau dan saya selalu ingat antara satu dengan yang lain” kata Aden dengan gembira semasa menerima hadiah dari Hana pada hari krismas 2017.
Hana senyum, mengenang telatah Aden ketika itu. Perlahan-lahan Hana mengeluarkan buku diarinya dan mula mencatat sesuatu.

-Day 1513 without you-
Today is your birthday dear. I wonder what you doing right now. Saya rasa ini adalah tahun kelima saya tidak dapat celebrate birthday kau sama-sama. Sejak pertama kali kita jumpa, saya rasa, saya selalu wish birthday kau. Tapi tidak untuk lima tahun ini dear. Hanya doa saja yang nda akan pernah habis untuk kau setiap hari.

Hari itu Hana makan tengah hari bersama teman sekerjanya di cafeteria. Hana coba tersenyum seperti biasa, namun rakannya tahu Hana tengah bersedih.
“look that guy, he’s so handsome” kata Tasya coba menarik perhatian Hana. Hana menoleh seketika.
“ya, smart jugalah” balas Hana.
“kalau kamu couple, lagi padan” kata Tasya tiba-tiba. Hana memandang temannya itu.
“Tasya, I have Aden, don’t you remember?” Kata Hana dengan perasaan terluka.
“kasih lupa saja lah dia, masih ramai lelaki di Sabah ni yang dapat jaga kau dengan baik. Tengoklah sekarang, kamu bukan bercontact pun. Setiap kali kau senyum, yang saya nampak macam kau menangis jaa. Sudah-sudahlah tu. Kau nda sakit hati kah?” Bagi Hana, Tasya yang menyakitkan hatinya.
“Tasya, memang senang suruh orang tukar-tukar pasangan, tapi kalau kau ditempat saya, dihati saya sekarang, aku pasti, kau pun buat benda yang sama dengan Sya” Balas Hana perlahan.
“Takan lah kau tidak terfikirkah mungkin dia ada girlfriend disanakah. Kau pula menderita menunggu dia” kata Tasya lagi memanaskan keadaan.
“Dia yang suruh aku tunggu, nanti kalau dia balik dan betul dia ada girlfriend lain, breaklah, tapi bukan sekarang, kita tidak tahu, sekarang mungkin dia tengah struggle” jawap Hana coba untuk menenangkan hatinya.
“Hmmm, over setia betul kau ni tau.” Kata Tasya. Sebenarnya dia kagum dengan Hana yang mampu menunggu Aden begitu lama, sebab kalau dia ditempat Hana, belum tentu dia mau tunggu lelaki tu, masih ramai lagi bah lelaki yang Smart di Sabah ni.
Walau pun kadang-kadang keadaan selalu memaksa Hana untuk melupakan Aden, tapi Hana masih tetap mahu menunggu kekasihnya itu pulang. Dia menunggu, bukan kerana janji semata-mata, tetapi kerana cintanya kepada Aden masih besar, malah semakin besar.

2024
Hari itu merupakan ulang tahun kelahiran Hana. Selepas pulang dari kerja, Hana terus singgah di pantai seperti biasa untuk melepaskan rindunya yang semakin menggila terhadap Aden. Perlahan-lahan Hana berjalan dipersisiran pantai sambil mengenang kisah mereka yang pernah terjadi.
“Argh!! No! no! no! dear!!” jerit Hana apabila diangkat oleh Aden.
“naa, tulah masih mau main air lagi?” Kata Aden. Hana tertawa sambil masih terus memeluk leher Aden. Bibir Aden singgah sekejap dibibir Hana.
“Dear, malulah orang nampak” balas Hana apabila menyedari yang bukan mereka sahaja yang berada di pantai itu.
“it’s ok. Let them know that this beautiful girl is belong to me” kata Aden lagi sambil mencium dahi Hana, lalu perlahan-lahan menurunkan Hana dari gendongannya. Hana senyum dan memeluk lelaki itu erat.
“thank you dear.” Ucap Hana dengan penuh perasaan.
“happy birthday again dear. Let’s grow up together till the end” ucap Aden pula. Walaupun Aden sudah mengucap selamat ulang tahun buat Hana tepat jam 12 tengah malam tadi, namun, dia masih ingin mengingatkan Hana untuk tetap bersama hingga keakhir tua.
Kaki Hana menjadi lemah, dia hampir terduduk dipantai itu, air mata yang sedari tadi ditahan jatuh juga akhirnya, mengambarkan keperitan rindu yang dia tanggung selama ini. Aden telah menguasai keseluruhan hatinya sehingga dia sendiri tersiksa sakit menahan rindu. Hana tidak lagi mampu berdiri, dia menangis teresak-esak dipergigian pantai melepaskan kesaikitan yang dia alami, sambil disaksikan oleh para saksi cinta mereka. Pukulan ombak pantai sepertinya mengerti isi hati gadis itu dan coba untuk memujuknya. Kicauan burung pula seperti sedang menyanyikan lagu cinta buatnya.
Setelah beberapa minit memujuk diri, akhirnya Hana mengambil tempat di pondok dimana kali terakhir Hana dan Aden berbicara dan menyulam cinta. Seperti biasa, dia mengeluarkan buku diarinya dan mula menulis sesuatu. Sebelum itu, matanya sempat menangkap suatu sambutan yang sangat dinanti-nantikannya dan ingin menyambutnya bersama Aden, malah mereka juga pernah berjanji untuk menyambut perayaan itu bersama-sama.
“dorang ni mau buli saya kah ni?” keluh Hana sambil meneruskan niat pertamanya.


-Days 1623 without you-
Dear, you know today is my birthday, and saya datang pergi pantai, tempat selalu kita jumpa(Tanjung Aru Beach 1) dan seperti biasa, setiap kali saya datang, mesti saya ingat memories kita and yes, this place make me cry. But dorang buli saya dear, semua orang yang datang hari ni macam sedang throwback cerita lama kita. Lakonan dorang ni yang buat saya menangis rindu kau. You know, dorang siap buat lantern festival lagi time dear tiada disini. Plus, semua yang pergi dengan pasangan masing-masing. Patutlah tiada budak langsung saya nampak dari tadi, this place pun dorang deco romantic betul. Today is my birthday, not valentine day bah. Kejam betul dorang ni tau. Dear, balik lah, Let’s celebrate this lantern festival together. Dear, I miss you like crazy, you know.

Sementara itu, disatu sudut, dimana orang selalunya berjual-jualan tetapi hari ini tiada, semua orang berkumpul disana untuk bersedia melepaskan tanglung seperti kebiasaan perayaan itu dibuat. Hana tidak jadi meneruskan penulisannya. Dia mula berkemas dan bercadang untuk meninggalkan tempat itu, kerna dia pernah berjanji dengan Aden untuk bersama-sama menyambut perayaan itu.
“dorang ni gilakah apa, hari ni July, bukan February atau March untuk sambut lantern festival. Hmm, haraplah saya dapat sambut perayaan ni dengan Aden lain kali” kata Hana perlahan sambil berdiri untuk meninggalkan tempat itu.
“Miss, where are you going? The festival about to start” tiba-tiba dia ditegur dari belakang oleh seorang lelaki. Hana menarik nafas sedalam-dalamnya kerna agak terganggu dengan kehadiran lelaki itu.
“memang  mau buli aku kah dorang ni?” Hana mendengus dalam hati. Lalu menoleh kebelakang melihat empunya suara.
Lelaki itu berpakaian formal dan warna baju biru laut seakan-akan sama dengannya, macam berjanji untuk pakai baju yang sama pun ada. Lelaki itu berdiri tegak dihadapan Hana sambil memegang dua tanglung, dia melemparkan senyuman manis buatnya.
Hana masih terdiam. Tiada kata-kata yang mampu diucap ketika ini. Reaksi wajahnya juga tidak mampu menggambarkan apa perasaannya ketika itu. Perlahan-lahan air matanya jatuh membasahi pipi. Kakinya jadi lemah, seluruh badannya seperti kehilangan tenaga, dia hampir terjelopok, namun lelaki tadi sempat menangkapnya.
“dear, kau ok?” soal lelaki itu cemas. Hana sekali lagi memandang wajah lelaki yang amat dirinduinya itu, perlahan-lahan dia menyentuh wajah tersebut. Namun tangisannya semakin menjadi-jadi, air matanya semakin laju.
Aden terus mendekap Hana seerat-eratnya. Seperti tidak ingin dilepaskannya lagi. Pelukan semakin dikemaskan, tangisan Hana juga tidak mahu berhenti. Siksa menanti dan merindu selama 5 tahun tanpa berhubung diceritakan dalam eratnya dekapan mereka.
Aden bukan sengaja mahu berlama-lama tinggal di London, dia sebenarnya juga tersiksa menahan rindu yang setiap hari menggunung, namun selepas latihan industrinya selama 2 tahun itu tamat, syarikat itu terus menawarkan pekerjaan yang tetap buat Aden, gaji yang ditawarkan juga tiga kali ganda daripada gaji yang diterimanya semasa latihan industri. Memandangkan syarikat itu mempunyai banyak cawangan, Aden memohon untuk dipindahkan ke Sabah, namun, syarikat itu pula belum membuka cawangan di Sabah. Oleh itu, Aden kena menunggu 2 tahun untuk proses pembinaa pejabat mereka di Sabah. Kini cawangan syarikat di Sabah adalah dibawa jagaan Aden sendiri.
Setelah beberapa ketika melepaskan rindu, mereka kembali duduk dipondok tempat Hana duduk sebelumnya.
“Disinilah kali terakhir kita jumpakan. I’m so so sorry dear, saya langsung tiada niat mau buat kau tertunggu lama, tapi kerja saya disana yang buat saya terpaksa tangguh hari untuk balik Sabah” kata Aden mula menjelaskan situasi sebenar. Hana hanya memegang tangan Aden sambil mendengar cerita Aden.
“It’s ok dear, at least kau balik juga and saya tidak sia-sia menunggu” balas Hana sambil kembali memeluk Aden. Aden membalas pelukan Hana. Aden memang yakin yang Hana akan menunggunya, kerna Hana tidak pernah lalai menepati janjinya untuk perkara-perkara yang dia serius. Aden tahu semua itu sebab dia sendiri Nampak komitmen Hana untuk hidup bersamanya, sebab itu dia tidak mahu mensia-siakan gadis itu.
“I miss you so much dear.” ucap Aden sepenuh hati.
“I miss you so much more. Please, jangan kita berjauh untuk masa yang lama lagi, saya nda kuat” kata Hana, air matanya mula mengalir lagi.
“I hope, we won’t.” Kata Aden, lalu mencium bibir Hana, lama.
“Thank you for hold it for me” Kata Aden dengan senyuman. Hana hanya tersenyum sambil mengangguk.
“will you marry me?” Soal Aden sambil menunjukkan sebuah cincin berlian dihadapan Hana.
Mata Hana membesar,direnungnya kedalam mata Aden mencari keikhlasan lelaki itu.
“sanggupkah aku kalau perlu berpisah lagi?” Soal Hana dalam hati. Namun kembalinya lelaki itu disisinya membuatkan Hana yakin menjawap.
“I do.” Balas Hana diiringi air mata bahagia dan pelukan dari Aden menyusul.
“Saya Aden, mengambil engkau Hana sebagai isteri saya dan berjanji akan mencintai engkau, berada disampingmu, dan menjaga engkau baik waktu sakit mahu pun sihat, baik dalam keadaan kaya mahu pun miskin dan berjanji akan setia kepada engkau sehingga maut memisahkan kita.” Ucap Aden ditelinga Hana.
Hana meleraikan pelukan dan senyum, lalu menunjukkan jari jemarinya tanda ingin Aden menyarungkan cincin. Mereka tertawa kecil. Lalu Aden menyarungkan cincin dijari manis Hana, dan dikucupnya lembut jari jemari gadis itu. Hana menggenggam tangan Aden.
“Saya Hana, mengambil engkau Aden, sebagai suami saya, dan berjanji akan mencintai dan menjaga engaku baik dalam waktu sakit mahu pun sihat dan akan bersama engkau baik dalam keadaan susah mahu pun senang dan berjanji akan setia kepada engkau sehingga maut memisahkan kita”
Aden tersenyum lalu mendepakan tangannya untuk memeluk Hana. Hana memeluk erat Aden dengan penuh kasih.
“Mari kita sama-sama bakar ni tanglung, sebab ni kan tadi kau mau balik tu” kata Aden dengan nada mengusik.
“Eh, tiadalah, saya mau balik sebab lapar.” Kata Hana coba berdalih.
“Lapar dan haus kasih sayang dari sayakan” usik Aden lagi. Hana tertawa kecil sambil mencubit manja lengan sasa milik Aden.
“sudah-sudah, cepat bakar lepas tu kita balik” arah Hana.
          Setelah tanglung dibakar, mereka sama-sama melepaskan tanglung itu. Yang ada diudara, hanyalah tanglung mereka berdua, kerna yang lain sudah lama melepaskan tanglung mereka.
“Saya harap, Hana benarkan saya tinggal dirumahnya untuk beberapa hari ini, sampai saya jumpa rumah sewa, kalau untuk selamanya dia mau saya tinggal dengan dia pun boleh. Tanglung! Tunai kan permintaan saya” Kata Aden membuat permintaan. Hana tertawa kecil disebelah Aden.
“Tanglung, bagitau Aden, saya benarkan dia tinggal dirumah saya, sebab dulu pun memang dia menceroboh rumah saya juga, sampai curi kunci saya dan duplicate tanpa pengetahuan saya. Permintaan saya terakhir, tolong bagitau Aden, jangan tinggalkan saya lagi, sebab saya sengsara tanggung rindu” kata Hana pula sambil memandang tanglung. Aden tersenyum.
“tidak akan dear. Saya tidak akan tinggalkan kau, mula saat ini sampai selama-lamanya. I will stay by your side” ucap Aden sambil memeluk bahu Hana.
          Malam itu, malam yang indah buat mereka setelah untuk beberapa tahun hilang keindahan.sekali lagi, cinta mereka tercipta di pantai itu. Janji-janji dahulu telah pun tertunai. Angin malam seakan-akan bertepuk tangan menyaksikan cinta mereka kembali bersatu.
THE END…

Comments

Popular posts from this blog

Airport Story

LIGHT IN THE DARK (Covid-19)